Wednesday, March 4, 2009

LAMBANG PENGAKAP SEJAGAT

Semua pengakap perlu mengetahui lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"

Lambang Pengakap Malaysia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:

taat kepada Tuhan, taat kepada Raja, dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

No comments:

Post a Comment