Wednesday, March 4, 2009

Syarat dan Peraturan menjadi WolfGenG

SILA BACA DENGAN TELITI.

  1. PERLU DIKETAHUI BUKAN SEMUA PENGAKAP ITU ADALAH WOLFGENG
  2. KEAHLIAN WOLFGENG BOLEH DIBERI DAN DILUCUTKAN MENGIKUT SYARAT WOLFGENG.
  3. SETIAP WOLFGENG AKAN DIKENALI MELALUI TANDA YANG AKAN DIBERI OLEH PEMIMPIN.
  4. WOLFGENG YANG MELANGGAR SYARAT AKAN DILUCUTKAN WOLFGENGNYA DENGAN MENGAMBIL KEMBALI TANDA TERSEBUT.

BERIKUT ADALAH SYARAT DAN PERATURAN WOLFGENG

SYARAT LAYAK JADI WOLFGENG

  • MESTI MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN SEBANYAK 100 MARKAH
  • MARKAH WAJIB SENTIASA DI ATAS 100. JIKA KURANG SECARA AUTOMATIK KEAHLIAN AKAN DILUCUTKAN.

SYARAT MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN

  • WAJIB MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA
  • BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA, SILA DAPATKAN BORANG UJIAN DARI CIKGU NORAZLAN DENGAN SEGERA.
  • SETELAH MENDAPAT LENCANA KERIS GANGSA. PENGAKAP ITU AKAN DIKURNIAKAN LENCANA KERIS GANGSA, TOKEN MARKAH SEBANYAK 100 DAN SATU SIMBOL AHLI WOLFGENG.

PERATURAN TAMBAH MARKAH DAN TOLAK MARKAH

  • MARKAH YANG

LAMBANG PENGAKAP SEJAGAT

Semua pengakap perlu mengetahui lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"

Lambang Pengakap Malaysia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:

taat kepada Tuhan, taat kepada Raja, dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

BENDERA

Semua pengakap perlu Mengenal Bendera Malaysia "Jalur Gemilang" dan Bendera Negeri Johor

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... RUKUNEGARA


Mengetahui Pengertian Rukunegara.


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; danmembina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... KENAMAAN


Mengenal dan mengecam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan dan Sultanah Negeri Terengganu.
Setiap Ahli Pengakap perlu mencari maklumat berkaitan dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan dan Sultanah Negeri
Johor Darul Ta'zim

PENGANJUR

SETIAP AHLI PENGAKAP YANG MAHU MEMAKAI LENCANA KERIS GANGSA PERLU MENCARI MAKLUMAT BERIKUT :

Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong-penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya serta alamat mereka sekali.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... AGAMA DAN TEMPAT IBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
Penganut Agama Islam - Masjid (mosque)


Penganut Agama Kristian - Gereja (church)


Penganut Agama Hindu - Kuil (temple)



Penganut Agama Buddha - Tokong (temple)

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... NILAI IBADAT

Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.(Untuk Penganut Agama Islam)

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

Beriman Kepada Allah : Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

Beriman Kepada Malaikat-Malaikat : Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

Beriman Kepada Rasul-Rasul : Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

Beriman Kepada Kitab-Kitab : Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.

Beriman Kepada Hari Kiamat : Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

Beriman Kepada Qada' dan Qadar : Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:
Mengucap dua kalimah syahadat : “ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.

Solat Lima Waktu Sehari Semalam : Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Mengeluarkan Zakat : Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

Berpuasa di Bulan Ramadan : Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Mengerjakan Haji Di Baitullah : Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Dipetik dari:
http://cybermosque.mpsj.gov.my/

Lencana pengakap kanak-kanak


SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Monday, March 2, 2009

MARKAH TERKUMPUL

  • SEKAWAN MERAH1.......................................100
  • SEKAWAN MERAH2.......................................100
  • SEKAWAN MERAH3.......................................100
  • SEKAWAN BIRU1............................................100
  • SEKAWAN BIRU2............................................100
  • SEKAWAN BIRU3............................................100
  • SEKAWAN HIJAU1..........................................100
  • SEKAWAN HIJAU2..........................................100
  • SEKAWAN HIJAU3..........................................100
  • SEKAWAN KUNING1......................................100
  • SEKAWAN KUNING2......................................100
  • SEKAWAN KUNING3......................................100
  • SEKAWAN UNGGU1........................................100
  • SEKAWAN UNGGU2........................................100
  • SEKAWAN UNGGU3 .......................................100

CARTA ORGANISASI GENG 2009

PEMIMPIN

CIKGU NORAZLAN BIN AHMAD

KOMANDAN

IKMAL

PENOLONG KOMANDAN

FARIZ

PENGENALAN

BLOG INI DIBINA UNTUK GENG PENGAKAP TAMAN UNIVERSITI PADA TAHUN 2009. PORT GENG PENGAKAP INI BERPUSAT DI SK. TAMAN UNIVERSITI 1. BLOG INI DIASASKAN OLEH CIKGU NORAZLAN AHMAD.

SEJARAH AWALNYA GENG PENGAKAP INI DIKETUAI OLEH IKMAL, MURID TAHUN 6 DARI SK. TAMAN UNIVERSITI 1. PADA PERINGKAT AWALNYA BLOG INI DIURUS OLEH CIKGU NORAZLAN SEBAGAI PEMIMPIN GENG PENGAKAP INI DAN DIBANTU OLEH IKMAL SELAKU KETUA GENG PENGAKAP.

SETELAH IKMAL PERGI SEKOLAH MENENGAH, BLOG INI AKAN DIBANTU URUS OLEH KETUA GENG PENGAKAP SETERUSNYA. KETUA GENG PENGAKAP LAMA AKAN MENJADI GENG PENGAKAP SENIOR YANG AKAN MEMBANTU KETUA GENG PENGAKAP BARU.