
Tuesday, May 19, 2009
Friday, April 10, 2009
KAMI BUAT REFLEKSI
Banyak juga kelemahan kami. Kami berazam untuk memperbaikinya. Pada pertandingan ini kami mendapat tempat ke 4 dari 11 pasukan yang menyertainya
Thursday, April 9, 2009
PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH JOHOR BAHRU
Wednesday, March 4, 2009
Syarat dan Peraturan menjadi WolfGenG
- PERLU DIKETAHUI BUKAN SEMUA PENGAKAP ITU ADALAH WOLFGENG
- KEAHLIAN WOLFGENG BOLEH DIBERI DAN DILUCUTKAN MENGIKUT SYARAT WOLFGENG.
- SETIAP WOLFGENG AKAN DIKENALI MELALUI TANDA YANG AKAN DIBERI OLEH PEMIMPIN.
- WOLFGENG YANG MELANGGAR SYARAT AKAN DILUCUTKAN WOLFGENGNYA DENGAN MENGAMBIL KEMBALI TANDA TERSEBUT.
BERIKUT ADALAH SYARAT DAN PERATURAN WOLFGENG
SYARAT LAYAK JADI WOLFGENG
- MESTI MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN SEBANYAK 100 MARKAH
- MARKAH WAJIB SENTIASA DI ATAS 100. JIKA KURANG SECARA AUTOMATIK KEAHLIAN AKAN DILUCUTKAN.
SYARAT MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN
- WAJIB MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA
- BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA, SILA DAPATKAN BORANG UJIAN DARI CIKGU NORAZLAN DENGAN SEGERA.
- SETELAH MENDAPAT LENCANA KERIS GANGSA. PENGAKAP ITU AKAN DIKURNIAKAN LENCANA KERIS GANGSA, TOKEN MARKAH SEBANYAK 100 DAN SATU SIMBOL AHLI WOLFGENG.
PERATURAN TAMBAH MARKAH DAN TOLAK MARKAH
- MARKAH YANG
LAMBANG PENGAKAP SEJAGAT
Semua pengakap perlu mengetahui lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.
Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak
"BUAT HABIS BAIK"
Lambang Pengakap Malaysia 
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:
taat kepada Tuhan, taat kepada Raja, dan taat kepada Negara.
Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan.
BENDERA
Jalur Gemilang
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... RUKUNEGARA
Mengetahui Pengertian Rukunegara.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; danmembina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


