Monday, February 15, 2010

Apuse Ko kun dao Yarabe So ron dovevei Of lenso beni nemo beni fasei Of lenso beni nemo beni fasei Ara fabei Auswa rakwa Ara fabei Auswa rakwa Selamat tinggal kawan Semoga berjumpa lagi Selamat ...

Sunday, November 22, 2009

Jasamu di kenang

monolog buat En. firdaus, Penyelaras Unit Beruniform kami yang berpindah ke negeri asalnya Kedah :


Kami ke padang
pandangan menjadi kosong
buta

Kami ke dataran kejat
telingga kami menjadi pekak
sunyi

pikiran melayang jauh
ke hutan bakau
di Tanjung Piai
ke jambatan gantung
di Pulau Kukup
ke kolam hanyir
di Pusat Ko Tasik Utara
ke kubu British
di Kem Kaizen

Mencari di sana
juga tiada

Namun di setiap kaki persegi
yang kami lalui itu
ada sesuatu yang tak mungkin hilang
kenangan bersamamu
jasa-jasamu

kami tidak melarang
namun jauh di hati kami
kami mahu sentiasa bersamamu di sini.

itu hanya rasa hati kami
sebagai tanda yang kami sentiasa
menghargaimu

Friday, April 10, 2009

KAMI BUAT REFLEKSI




Banyak juga kelemahan kami. Kami berazam untuk memperbaikinya. Pada pertandingan ini kami mendapat tempat ke 4 dari 11 pasukan yang menyertainya

Thursday, April 9, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH JOHOR BAHRU

Hari ini kami menyertai pertandingan kawad kaki peringkat daerah Johor Bahru. Pengalaman Baru buat kami


Wednesday, March 4, 2009

Syarat dan Peraturan menjadi WolfGenG

SILA BACA DENGAN TELITI.

  1. PERLU DIKETAHUI BUKAN SEMUA PENGAKAP ITU ADALAH WOLFGENG
  2. KEAHLIAN WOLFGENG BOLEH DIBERI DAN DILUCUTKAN MENGIKUT SYARAT WOLFGENG.
  3. SETIAP WOLFGENG AKAN DIKENALI MELALUI TANDA YANG AKAN DIBERI OLEH PEMIMPIN.
  4. WOLFGENG YANG MELANGGAR SYARAT AKAN DILUCUTKAN WOLFGENGNYA DENGAN MENGAMBIL KEMBALI TANDA TERSEBUT.

BERIKUT ADALAH SYARAT DAN PERATURAN WOLFGENG

SYARAT LAYAK JADI WOLFGENG

  • MESTI MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN SEBANYAK 100 MARKAH
  • MARKAH WAJIB SENTIASA DI ATAS 100. JIKA KURANG SECARA AUTOMATIK KEAHLIAN AKAN DILUCUTKAN.

SYARAT MEMPEROLEHI MARKAH PERMULAAN

  • WAJIB MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA
  • BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA, SILA DAPATKAN BORANG UJIAN DARI CIKGU NORAZLAN DENGAN SEGERA.
  • SETELAH MENDAPAT LENCANA KERIS GANGSA. PENGAKAP ITU AKAN DIKURNIAKAN LENCANA KERIS GANGSA, TOKEN MARKAH SEBANYAK 100 DAN SATU SIMBOL AHLI WOLFGENG.

PERATURAN TAMBAH MARKAH DAN TOLAK MARKAH

  • MARKAH YANG

LAMBANG PENGAKAP SEJAGAT

Semua pengakap perlu mengetahui lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"

Lambang Pengakap Malaysia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:

taat kepada Tuhan, taat kepada Raja, dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

BENDERA

Semua pengakap perlu Mengenal Bendera Malaysia "Jalur Gemilang" dan Bendera Negeri Johor

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... RUKUNEGARA


Mengetahui Pengertian Rukunegara.


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; danmembina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... KENAMAAN


Mengenal dan mengecam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan dan Sultanah Negeri Terengganu.
Setiap Ahli Pengakap perlu mencari maklumat berkaitan dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan dan Sultanah Negeri
Johor Darul Ta'zim

PENGANJUR

SETIAP AHLI PENGAKAP YANG MAHU MEMAKAI LENCANA KERIS GANGSA PERLU MENCARI MAKLUMAT BERIKUT :

Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong-penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya serta alamat mereka sekali.

NOTA LENCANA KERIS GANGSA ... AGAMA DAN TEMPAT IBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
Penganut Agama Islam - Masjid (mosque)


Penganut Agama Kristian - Gereja (church)


Penganut Agama Hindu - Kuil (temple)



Penganut Agama Buddha - Tokong (temple)