Sunday, November 22, 2009

Jasamu di kenang

monolog buat En. firdaus, Penyelaras Unit Beruniform kami yang berpindah ke negeri asalnya Kedah :


Kami ke padang
pandangan menjadi kosong
buta

Kami ke dataran kejat
telingga kami menjadi pekak
sunyi

pikiran melayang jauh
ke hutan bakau
di Tanjung Piai
ke jambatan gantung
di Pulau Kukup
ke kolam hanyir
di Pusat Ko Tasik Utara
ke kubu British
di Kem Kaizen

Mencari di sana
juga tiada

Namun di setiap kaki persegi
yang kami lalui itu
ada sesuatu yang tak mungkin hilang
kenangan bersamamu
jasa-jasamu

kami tidak melarang
namun jauh di hati kami
kami mahu sentiasa bersamamu di sini.

itu hanya rasa hati kami
sebagai tanda yang kami sentiasa
menghargaimu